Salam alaik.
Pada saat dan detik ini, aku berada di hadapan laptop seorang ibu dan terduduk di atas kerusi empuk yang di usung jauh dari UK, dan masa menunjukkan tepat jam 1.29 am. Mengapakah mata tidak mahu terkatup lagi, sedangkan katil sudah mula menyebut-sebutkan nama aku, rindu katanya. Selepas 3 bulan mengeluh hiba tidak sempat menyinggah keramat indah ini, akhirnya. Alhamdulillah, umur aku masih panjang untuk merasai nikmatnya sebuah keluarga. Selepas 14 April 2008 (tarikh last blog di update), tak banyak masa menyinggah dalam ruang hidup aku, seperti waktu-waktu lain. Ketika itulah anggota badan memainkan peranan penting. Kesihatan adalah penentu untuk memastikan apa yang kita belajar mudah dapat, dan doa yang tidak putus-putus juga jambatan kepada keredhaan Allah terhadap ilmu-ilmu yang di sedut habis. Sehingga ketika ini, tawakal kepada Allah adalah cara terbaik selepas berusaha selama 3 minggu lebih berperang menggunakan pena. Alhamdulillah, biar ada senang dan sukarnya, namun yang terbaik itu tetap dari Allah swt.
Sepanjang satu sem berada di kampus, banyak suka dan dukanya, dan banyak ranjau berdurinya. Sampai ke tahap di mana aku sendiri tiada tempat menoktahkan segala suram yang tinggal. Banyak benda yang aku cuba perbaiki dan membaiki, tapi kesungguhan tetap kurang. Aku tak tahu di mana punca semangat aku sebenarnya. Aku tidak tahu kemana air mata yang tumpah telah jatuh, dan di mana takungan itu kini di simpan. Entahlah. Kalau di bilang-bilang, seorang yang dhaif seperti aku sebenarnya masih lagi terkapai-kapai cuba mengejar redha Ilahi. Masih lagi sedang belajar menjadi 'seseorang' dan masih lagi kanak-kanak hingusan yang kurang didikan dari ibu bapanya. Ya, kadang-kadang serabut memikir. Tidak tahu di mana permulaan tiba-tiba sudah berada di pertengahan jalan. Tidak ada yang melepaskan tembakan, tiba-tiba kita pula yang hendak menunjukkan jalan pada orang lain. Kita ingin sampai ke garisan penamat, tetapi tiada siapa yang faham bahawa kita berada dalam perlumbaan. Mengapa? Adakah sebab kita seorang yang tidak di kenali, maka kita di abaikan?
Banyak yang ingin di luah, tapi tak terdaya rasanya untuk perbesarkan cerita. Jika aku cerita, barangkali hati setiap manusia yang menitip persatu ayat-ayat aku mengeluh, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Fahamkah anda perasaan seseorang yang berada di dalam dilema?
Dua.
Banyak perancangan aku untuk cuti kali ini. Tetapi apa aku harap tidaklah sekosong sebelum ini. Banyak benda yang aku perlu muhasabah. Banyak benda yang aku perlu belajar dan berada di rumah bukan bermakna masa untuk berehat buat sang daie. Tak payahlah kot nak beritahu semua orang apa yang di rancangkan untuk cuti kali ini. Cuma berharap dapat habiskan belajar driving dan dah boleh bawa kereta pergi kampus. Lagipun masih tengah berfikir.
Tiga.
Aku ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian agar merajinkan diri untuk menyinggah di teratak emakku Saramsa di sini. Dalam diam ubi yang berisi, rupanya emak punya minat dalam penulisan. Sungguh minat penulisan aku bukan hasil dari abah sahaja, namun mak juga punya darah penulisan yang baik. Alhamdulillah, muncul lagi sebuah blog milik seseorang yang bersusah payah melahirkan aku di dunia ini. Tak sangka dan aku berharap agar anda-anda sekalian dapat terus menyokong mak untuk terus menulis dan menyampaikan dakwahnya melalui medan ini.
Tidak lupa juga, selamat hari ibu aku ucapkan pada mak tersayang dan kepada wanita-wanita yang telah bergelar ibu. Selamat Hari Ibu. Namun begitu, janganlah berbaik dengan ibu semasa hari ibu sahaja, bahkan berbuat baiklah pada mereka pada setiap masa dan saat ketika anda bersama selagi nyawanya masih ada. Kita tidak tahu bila ajal kita dan bila ajalnya ibu kita akan tiba. Seeloknya, berdoalah agar masa untuk kita bersama-sama di dunia di panjangkan agar sama-sama dapat membantu agama Islam berkembang di masa akan datang.
Sekian dahulu. Wassalam.