Salam alaik.
Demam mengundi dah habis. Tahniah dan takziah buat yang menaik dan yang menurun. Semoga setiap apa yang terjadi itu punya hikmah yang tersendiri dan apa yang telah di takdirkan itu ada tujuan-Nya yang tertentu.
Aku pun tak tahu kenapa minggu lepas macam takda mood je nak belajar. Hari Isnin ada kuiz oral, dan bertulis. Studi memang tak sempat dah. Iyalah, malam Isnin tu ada test Marketing, sibuk fokus dekat situ sampai lupa ada kuiz oral Macro pula. Tapi alhamdulillah, dapat juga jawab soalan yang senang-senang. Khamis ingat ada presentation aku yang bertangguh tu, rupanya Khamis lecturer semua takda pukul 10 sebab meeting kot (?). Selasa kelas macam biasa, dengan ustaz K. Dapat dah tajuk presentation, tapi belum start buat lagi. Rabu takda kelas tengahari dengan malam, Mis Zuer takda. Khamis macam biasalah, pagi ada kelas dan petang ada KO. Minggu depan KO ada perlawanan antara grup. Tak sabar jugalah.
Habis pasal kampus.
Dua.
Satu hari ni aku msg seorang student kolej Uniti. Tanya khabar. Rupanya sekarang ni dia tengah di landa masalah besar. Aku rasa serba salah sangat tak dapat nak tolong. Lepas aku mesej, dia beritahu masalah dia, aku terus diam. Aku fikir macamana nak tolong dia. Apa yang patut aku tulis dalam mesej. Last-last aku terlupa nak reply langsung. Adui.. aku macam takut nak bagi pendapat apaa-apa. Takut apa yang aku cakap tu, satu kesilapan. Masalah dia besar, bagi aku cukup besar sebab melibatkan keluarga belah ayah dia, dan keluarga belah mak dia. Termasuk keluarga dia sendiri.
Aku takut, aku akan jadi berat sebelah. Kalau boleh aku nak minta KRJ sendiri tolong dia. Buat masa ni aku sendiri buntu macamana nak tolong dia.
Hm.. oklah. Itu jelah yang aku nak sharekan. Yang sentiasa bermain di benak.
Aku kena balik. Online kejap je. Malam ni ada usrah. Tak sempat nak buat apa-apa pun ni. OK. Wassalam.