Salam.

Aku tak berniat nak menulis panjang sangat kot. Sebenarnya semalam ada 2 posting aku tulis, tapi entri lagi satu tiba-tiba aku tak bercadang nak publish. So, aku simpan untuk personal view sajalah, insyaallah.

Hari ini aku masih di hidupkan lagi, alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin tidak akan ada entri akan datang.

Petang tadi, aku termasuk dekat satu blog ni. Blog tu agak harsh sikitlah bahasa dia. Tapi aku rasa not badlah. Bagi aku cara penulisan begitu cukup lali. Dah banyak sangat blogger menulis cara begitu. Belek latar belakang, kebanyakan mereka faham agama tetapi low profile. Tetapi adalah pula pembaca yang tak berpuas hati dengan dia, sebab cara penyampaian dia tak kenalah dan sebagainya. If u want my opinion - if u cannot stand by his word, then u can get lost and find the suit one.

Aku pun tak fahamlah, kalau kau tak suka dengan cara dia, buat apalah kau sibuk nak baca blog dia? Kau nak dengki dia ke apa? The blogger know their target, and u should know that u are not included. So, kenapa nak cari pasal? Kadang-kadang aku tak faham dengan sesetengah pembaca. Penting sangat ke identiti seorang penulis tu? Kalau kau tak yakin dengan penulisannya, then u allow to do your own researchlah. Takkan itu pun nak kena ajar? If u can find the blogs that listed on ur sidebar, then why can't u find a simple puzzle that u cannot trust on? Takkan itupun kau nak sibuk-sibuk maki dia kata dia itu ini, sebab kau tak suka cara penyampaian dia, kau pun sibuklah nak hentam dia. Jangan jadi jaki. Bila orang nak buat baik, support. Tegur dengan berhemah, seeloknya privatelah dia. Susah ke?

Bukan dia seorang saja blogger yang bersuara 'keras' dalam penulisan, ramai lagi. Cuma kau orang ni masih buta lagi. Tak nampak dunia blogger lagi. Come onlah, get real. Memang kadang-kadang aku berapi jugalah, sebab i was one of the blogger yang bersuara lantang previously, about 2 or 3 years ago. My life as a journey, change the way to reach the destiny. Kita tak boleh kekalkan diri kita yang lama, as we grown up we have to think better.

Dalam dunia serba canggih ni, we cannot assume thet everyone are the same. We cannot assume that everyone just like us. We cannot ASSUME for assumption environment. Kalau kau rasa kau boleh terima teguran dengan cara yang lembut, tetapi jangan sangka manusia-manusia di luar sana juga seperti kamu. Bahkan ada yang berguni-guni dosa atas kepala sukar untuk menerima teguran apatah lagi nasihat orang. Kalau kau tak suka, biarkan mereka yang alpa ini yang membaca. Malu, kalau orang yang tidak faham fikrah Islam ini membaca perbalahan sesama kita yang faham Islam ni. Siap list nama-nama buku yang di baca, yang di rujuk, yang di fahami, tetapi aplikasinya setakat mana? Setakat menggahkan ilmu pengetahuan yang ada? Di mana aplikasinya? Kalau nak berdebat, buatlah di sebalik tabir. Benda tu kecil je, kecil saja. Selesaikan secara one-to-one rasanya tidak ada masalah.

Dalam dunia cyber yang luas ini, terlalu mudah fitnah tersebar. Aku sendiri kadang-kadang malu. Contohnya perbalahan dari segi khilaf yang memang kita tahu ulama sendiri mempunyai banyak pendapat. Seeloknya, kemukakan semua pendapat dan jangan jadi berat sebelah. Bila ada banyak pendapat, kita boleh berfikir sendiri kesesuaian dengan matlamat kita. Kadang-kadang, isu tu sengaja di perbesar-besarkan seolah-seolah ingin menjatuhkan si penyampai kerana ilmu-ilmu tertentu. Kita berkongsi pandangan, bukan menjatuhkan pandangan orang lain. Segalanya biarlah dengan cara berhemah dan berhikmah.

Tadi kata nak cakap sikit je kan? So cukuplah setakat ini. Janganlah kita menegur orang kerana nafsu semata-mata, biarlah teguran itu lahir dari hati yang bersih dan niatnya bertujuan bersama-sama belajar dari mana-mana kesilapan yang hadir. Mungkin secara tidak sengaja, kita yang menegur juga tersilap maka janganlah bersikap ego sehingga terasa malu untuk mengakui silap sendiri. Seeloknya, akuilah salah tersebut supaya perbalahan tidak berterusan lagi. Insyaallah.

Yang baik semuanya atas kehendak Allah, dan sebarang kekasaran dan kekurangan itu atas kelemahan aku sendiri. Maka segala ilmu hanya dimiliki oleh Allah, dan aku hanya mengambil hanya setitis daripada uncountable ilmu milik Allah.

Wassalam.