Salam.

Kisah sahabat, tak pernah lenyap dari kamus hidup seorang manusia. Macam-macam sahabat kita telah, atau akan temui sejak kecil, remaja, mahasiswa, dan sampai ke tahap dewasa kita tetap perlu bijak memilih sahabat.

Andai satu masa kita di temukan dengan sahabat yang bermasalah, kita sedar yang kita bertanggungjawab ke atas dia. Apatah lagi, sebuku cinta dan seteguk sayang telah kita bina bersama dia. Pasti ada terdetik di ruang hati: aku akan mengubah dia.

Heh.. mengolah ayat itu lebih mudah dari menggerakkan seurat niat. Sampai satu tahap, kita putus asa. Dia tak berjaya kita ubah. Kita lupa bahawa usaha kita adalah penting berbanding hasilnya. Biarpun begitu, kerana secangkir sayang yang telah hadir dari hati membuatkan kita tekun meneliti hasilnya. Terkadang usaha kita tidaklah seberapa, cuma niat yang salah TERbebankan tanggungjawab sebagai sahabat.

Kita memberi bila dia perlukan, dan bukan mengharap di beri tika kita memerlukan. Kerana cinta, sayang dan rindu, bukanlah kita harapkan balasan dari seorang manusia, tetapi balasannya dari Dia Yang Memberi.

Betulkan niat dalam bersahabat, dan moga persahabatan itu mendapat nikmat yang di luar jangkaan dari Allah SWT.

Wassalam.