Salam.
As i will return back to my second home, i would like to say good bye to all dearest blogger. Hehe! Sorry for any comments that forget to be approved by admin AKA myself. Actually, didn't realized there are some comments left.
Hari ni cukup penat dan memenatkan. Esok masih ada perjalanan yang entah akan tiba ke destinasi, atau separuh jalan je. Apa yang aku harapkan, aku dapat jejak ke tapak destinasi seperti yang di rancang. Malang sungguh, atau dalam nada positifnya, sungguh ujian Allah itu besar dan jika ada kekuatan dan tegar, pasti semua itu boleh di harung tanpa rasa terbeban. Huhu..
Abah membebel bila masalah timbul. Aku cuma cakap, "takpalah abah, susah sikit je. Bukannya selalu kena lalui macam ni. Lagipun benda kita dah bayar (ayat untuk sangkutkan dia supaya rasa BALOI untuk lepaskan aku pergi). Nantilah akak kontek kawan akak." Kadang-kadang, bukan keluarga kita tidak faham keinginan kita, tanggungjawab kita. Tetapi, mereka risau, mereka resah bila kita berseorang diri, bergerak sendiri, tanpa mereka ada di sisi kita memerhatikan kita. Ya, orang kata bimbangnya seorang ibu kemungkinan ada 'sesuatu'. Tapi aku tengok, mak tak bimbang pun, abah yang risau - as usual. Haha!
Apa masalahnya? Dari Segamat takda bas ke Ipoh. Cadangannya, turun Melaka beli tiket ke Ipoh. Aku pun ok jela. Masalahnya, family aku akan turun ke Melaka juga. Jadi, diorang plan hantar aku terus pergi Melaka. Asalnya, diorang taknak bertolak awal, sebab abah nak solat Jumaat. Jadi, pergi lepas solat Jumaat. Memandangkan aku nak turun dekat Melaka Central, terpaksa bertolak lebih awal sebelum solat Jumaat. Abah kata, solat Jumaat dekat Yong Peng saja nanti. Oklah. Nak tunggu aku siap daftar semua, memang ambil masa sejam juga aku dalam dewan tu nanti. Aduh. Apa-apa pun kita tengoklah kesudahannya. Kalau abah rasa taknak lepaskan aku pergi, (sebab Mia and geng dah beli tiket ke Melaka pukul 1 pm and aku rasa diorang kemungkinan akan beli tiket ke Ipoh lebih awal.) Target aku sampai Melaka, 7 pm. Takut nanti abah suruh ikut dia pergi hotel je, tak payah pergi Ipoh sorang-sorang. Tak apalah. Yang aku pasti, abang Long pun mungkin tak bagi pergi malam-malam. Katanya sekarang, orang tak culik budak je, anak dara orang pun diorang culik juga. Lahai, abangku..
Mak kata, kalau berusaha sampai ke tahap ini pun tak dapat pergi, mungkin memang rezeki untuk ke PKN tak ada lagi. Tahun depan usaha lagi. Chaiyok!
Hm.. sebenarnya terasa malas nak kembali ke rumah ke dua itu. Haha! Sebab rumah kedua takda internet, takda TV, takda orang masakkan, takda kerusi empuk, takda privacy, takda game, dan bermacam-macam takda lagi yang cukup melalaikan aku berada dalam rumah ni. Haha! Sedar, aku sedarlah. Balik rumah kedua, mesti jadi baik. Orang ajak buat benda mengarut, aku sibuk buat kerja yang berfaedah. Cewah! Bila aku kat rumah kedua, aku rasa bertanggungjawab sikit, sebab mak dan abah jauh. Hahaha! Lawak je.
Oklah, cukup sampai sini. Jam dah pukul 1 pagi lebih. Tapi baju masih berlonggok dekat bilik tak termasuk dalam beg lagi. Oklah, arios buat semua. Wassalam.