Salam.

Sebenarnya cerita semalam tak habis lagi. Terlupa nak habiskan penuhnya.

Aku bersama-sama krew dari Johor bergerak ke negeri 9. Berkumpul di pejabat JIM, BP. Kemudian bergerak dalam lebih kurang jam 6.30 pm. Tiba di perkarangan Kolej Uniti hampir jam 11 pm. Itupun kami menghabiskan dekat satu jam di perhentian Ayer Keroh. Solat jamak Maghrib dan Isyak. Masa tu Mia dah khabarkan berita ketibaannya dengan Una di Kolej Uniti dan sedang berehat-rehat di rumah banglo di situ. =)

Setibanya, rehat-rehat sekejap. Pak Lang pun dah tiba. So, Pak Lang memberi taklimat atau brief mengenai aktiviti pada esok hari. Seronoklah juga. Dapat kenal-kenal dengan kak In dan Kauthar. Eh, ada 3 orang Kausar tau. Kauthar, Kausar dan Kaustar. Hehe! Sebutan sama, tapi ejaan berbeza. Seroang panggil Kausar, memang tiga-tiga akan toleh. Kelakarlah juga bila di fikirkan.

Esoknya, peserta datang. Salam-salam. Kenal-kenal. Naik pesawat.

Macam biasa slot pagi berkenalan dulu. Knowing Me Knowing U. Seterusnya slot mengenai hubungan kita dengan sahabat. Kemudian slot hubungan dengan Allah dan Rasul dan slot hubungan dengan ibu bapa. Hehe! Tak berapa nak cerita sangatlah kot. Kalau boleh nak buat ringkas je. Sebagai fasi sebenarnya aku tak dapat feeling sangat, kecuali masa slot dengan Allah dan Rasul adalah juga terfeeling sekejap. Sesungguhnya, kita cuba untuk mengenangkan dosa-dosa yang kita pernah buat, yang tak pernah orang lain ketahui cuma Allah yang Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar apa yang kita telah buat, apa yang kita simpankan dan apa yang kita bisikkan dalam ruang hati. Mungkin dari situ, ada titis-titis dosa yang aku sendiri tak pasti. Jadi, mungkin dosa yang terlalu banyak menghimpit aku pada keinsafan.

Oh ya, masa sesi luahan perasaan dalam slot hubungan dengan sahabat, sedih dengar luahan seorang sahabat (lupa nama dia), seorang lelaki yang mempunyai sikap yang kurang di senangi oleh sahabat-sahabat, kemudian dia akui bahawa dia banyak buat salah pada kawan-kawan, banyak kesilapan dia pada orang-orang lain. Aku tengok, aku sendiri rasa sedih yang amat. Seorang lelaki yang begitu 'macho' dan gagah kononnya, menangis di hadapan kami meluahkan rasa bersalahnya pada orang-orang yang telah dia aniaya. Moga hidayah Allah itu bisa menempat di dalam hatinya untuk selamanya, dan moga kesilapan yang dia luahkan itu adalah satu keinsafan buat dirinya supaya tidak mengulangi kesilapan yang besar itu. Wahai sahabat, aku doakan agar dirimu sentiasa cekal dari sifat-sifat mazmumah itu semua.

Em.. itu bahagian-bahagian yang sedih-sedih. Seronoknya dapat bersenam chicky dance dan Demi Matahari. Agak seronoklah. Macam tak puas hati pula rasanya. Hehehe! Oklah, kitorang balik hari Ahad jam 4 pm macam tu. Sampai rumah dekat Maghrib dah. Itu jerlah kot.

Okla takat itu jerla. Wassalam.