Salam.
Duhai hati, tabahlah, sabarlah, kuatlah.
Duhai diri, cekallah, kentallah (hehe! Macam Xrek pula).
Kalaulah dunia ini..
Kalaulah aku..
Kalaulah dari dulu..
Segala yang ada kalau, adakah tandanya penyesalan? Atau, keinsafan? Insaf dan sesal? Atau insaf dari sesal? Atau sesal kerana insaf? Hairan, soalan ada, jawapan tak ada. Mana boleh macam tu. Setiap persoalan, pasti ada jawapan. Cuma, belum temu barangkali.
Yang penting, perlu kuat lalui yang perit. Perlu tabah lalui yang paksa. Perlu sabar lalui yang seksa. Aduh..
Kausar, teruskan. Jangan mengalah. Jangan mencabar, tercabar atau dicabar. Hehe! Apa kena mengena? Jam menunjukkan: 3.15 pagi. Benar! Patutlah otak merapu dalam sedih (?). Hairan.
Wassalam.