Salam.

Aku dekat SL tengah register course dengan kanak-kanak ribena dari wing aku. Haha! Lawak je lah. Hidup aku agak huru-hara sikitlah tanpa telefon, sebab banyak masalah aku kena bertanya dan kontek dengan orang lain. Mana telefon aku? Oh tidak, hari Jumaat masa hari pendaftaran telefon aku tertinggal dalam kereta. Alahai.. seksa aku nak tahu bila ada kelas dan sebagainya. Malang sungguh, kad outing dan kad aktiviti tak dapat masa tu juga sebab dia taknak gambar yang kecil, nak gambar besar juga. Betapa cerewetnya UPK sektor B ni. Masalah lain, plug bilik aku masih tak boleh guna. Lepastu pula, aku tak ada rumet yang boleh di ajak berborak. Tak apalah, sekurang-kurangnya ada sedikit privacy kan? Hehehe! Macam-macamlah. Problem wing budak-budak part 2 sebelum cuti hari tu tak settle lagi rupanya? Alahai, kelakarnya. Bukan tak settle apa, semuanya bermasam muka je. Aku dah tak reti nak cakap apa. Yang aku boleh buat, abaikan.

Secara keseluruhan hidup aku sejak akhir-akhir ni, biasa-biasa saja dan tak ada benda yang menyeronokkan. Mungkin adalah sikit-sikit, tapi tak adalah havoc sangat. Kegembiraan seseorang biasanya terlalu subjektif untuk di fahami, begitu juga dengan diri aku yang kadang-kadang aku sendiri tak mengerti, apakah itu bahagia? Kenapa aku tak boleh nak merasai bahagia dalam suasana yang semua tengah berjenaka, bergelak tawa dan tersenyum ria. Walau macamanapun, hidup mesti diteruskan dengan menjunjung sebuah impian dan sekalung harapan buat mak dan abah.

Petang tadi, famili datang hantar telefon, bakul sampah (since aku tak ada rumet, biasanya rumet sediakan bakul sampah), kek coklat dan pisau untuk potong kek. Seronok dapat jumpa diorang.

Info kampus terkini, air tidak akan ada selama 4 hari. Sektor B telah kekurangan air semenjak Jumaat lepas - seksanya. Sektor B baru je bermula hari ini. Aduhai.. semua orang tengah tadah air dalam baldi. "Kak K dah tadah air?", "Belum.", "Ala, kak K ni sempoilah, orang semua sibuk cari air rilek je dia.", "Alah, sekarang kan ada penyembur minyak wangi, sembur jelah. Itulah kelebihan kita zaman canggih ni." - Sambil gelak-gelak.

Oklah, semua dah settle. Aku keluar dulu.
Wassalam.