Salam.
Pagi ni raya haji. Tak adalah excited mana pun. Nak beraya pun macam takda semangat sangat pun. Hm.. apa yang aku boleh buat sekarang, ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua orang yang beragama Islam. Hopefully tak adalah di anggap ini sebagai perayaan orang Melayu pula. Sepatutnya perayaan orang Islam, itu sebenarnya. Ia bukan adat tetapi tuntutan. Iyalah, masa sekarang ni dah ramai orang keliru antara benda wajib dan juga benda adat yang di lakukan bertahun-tahun sehingga orang zaman kini merasakan ia adalah perkara yang memang ada dalam Islam. Dalami ilmu Islam, kemudian baru perkatakan - Ya atau Tidak.
Esok atau Jumaat, makcik aku akan datang daripada Ipoh. Aku tak tahulah dia bawa semua anak dia atau tidak. Kak Haida sudah tentulah jadi muka tembok datang sini. Hehehe! Adik dia aku tak pasti datang ke tak. Haizan kebarangkalian untuk datang tu memang ada, mak dia memang risau dia ni banyak ikut kawan-kawan dia yang entah apa-apa tu kan. Harry, aku tak pastilah. Aku rasa kata-kata aku dekat dia dalam friendster ada menyinggung perasaan dia kot, sebab tu dia tak reply balik. Maaflah ya, aku sekadar bertanya. Tak ada niat lain walaupun ada nada perli di situ. Aku cuma mahu dia sedar (untuk apa?), hm.. jangan mengharapkan dari perempuan sahaja. Dia bukan kekasih seumur hidup andai belum terjalin akad yang sah. Cuma itu sahaja aku ingin peringatkan. (Aku rasa dia perlu di hantar ke program KBM KRJ kot.)
26hb aku akan turun ke KFC dekat pekan. Kenapa KFC? Entahlah, aku pun tak tahu. Aku cuma dapat mesej dari seorang kawan lama bernama Sarah untuk hadir ke majlis reunion pelajar sekolah SKJ batch 87 di KFC. Dengan itu aku mengikut perintah dengan membalas OK. Tak sempat nak tanya kenapa buat dekat KFC. Hehehe! Yang aku pasti, kalau aku bertanya mesti kena marah balik - daripada kau tu tak tolong aku!, err.. mungkinkah?
28hb pula aku akan kembali ke pangkal jalan (?), eh bukan ke aku sememangnya masih dalam perjalanan berjumpa dengan pangkalnya? Maksud aku, kembali ke jalan Segamat. Kampus yang di sayangi. Rindunya (Bluwek!). Aku akan kembali ke sana dengan membawa semangat baru agar semuanya akan berubah menjadi lebih baik daripada sem lepas. Aku pasti aku akan berjaya.
Oh cerita pasal kampus, kelas B4 sudah di mansuhkan. Ini bermakna, tidak ada lagi kelas D3B4 pada sem hadapan. Ini juga bererti, kelas 4 untuk course Business Studies sudah di buang dari UiTM Segamat. Adakah ini memberi maksud ramai pelajar-pelajar B4 yang dismiss? Tapi, apasal semua macam tak dismiss je? Aduh, keliru pula jadinya. Itulah pertanyaan yang aku dapat dari classmate aku. Apa yang aku boleh cakap, maybe dia nak compilekan semua menjadi 3 sahaja. Sebab pelajar-pelajar pun semakin berkurangan kot. Cita-cita aku untuk bersama dengan B4 sampai tahun akhir tidak kesampaianlah jawabnya. Jadi, kami bercadang untuk bersama-sama ke kelas 2 iaitu B2. Tetapi, ada yang taknak. Ini bermakna, kami akan berpecah. Eloklah, mereka yang aku tak berapa berkenan pun akan menghuni kelas yang lain. Walaupun begitu, aku terpaksa terima hakikat yang aku akan berada satu kelas dengan Shila.
Siapakah Shila? Shila adalah kawan aku yang sememangnya berada di kelas B2 sejak awal lagi.
Nak di jadikan cerita, masa bermesej-mesej dengan mereka-mereka yang satu kelas dengan aku dulu dan merisik-risik aku untuk berada dalam kelas yang sama pula tiba-tiba masih menganggap aku sebagai Class Rap (?). Aku agak bengang sedikit. Sepatutnya, habis sem je jawatan aku terlucut automatik tau. Dah cuti sem aku tak boleh di panggil Class Rap lagi sebab aku tak mahu. Nak naik sem baru pun masih ada lagi orang nak letak tanggungjawab dekat aku sebagai Class Rap? Wah, mana boleh jadi ini! Hehe! Aku tak harap untuk menjadi Class Rap lagi tahun hadapan. Tolong jangan pilih aku lagi. Bukan apa, memang Class Rap ni seronok sebenarnya, kita banyak berinteraksi dengan orang sebagai ketua kelas. Tapi agak penat juga, dahlah aku ada jawatan dalam Persiha, jadi aku agak penatlah untuk handle dua-dua sekali. Tetapi, aku akan bersedia menerima kalau itu yang Tuhan tetapkan untuk aku, Insyaallah. Halangan itu sebenarnya datang daripada syaitan dan tanggungjawab kita sesuai dengan kemampuan dan ia bukanlah beban semata.
29hb aku akan pergi PKN di Perak. Entah dekat mana aku pun tak pasti. Naik apa pun aku macam tak ada idea langsung. Masih dalam blur-blur lagi. Aku harap segalanya baik dan dapat berjumpa dengan mereka yang aku tak pernah jumpa. Apakah maksud ayat itu? Maksudnya, aku mahu berkenalan dengan lebihlah.
12-13hb ada KBM UTHM kot? Aku tak tahu. Yang penting ada somethinglah tarikh ni. Aku masih tak tanya MakCu lagi pasal ni. Aku nak start buat kertas kerja, tapi terlupa nak mintak contoh dari Mia. =D Jadi aku tak buat lagi. Laptop aku masih dalam keadaan bervirus, jadi aku tak berapa berani nak guna laptop tu. Abah siap tanya lagi, lama tak guna? Dah rosak ke? Mana mungkin barang berhargaku itu rosak semudah itu. Cuma ada bakteria-bakteria komputer menyerang secara sembunyi-sembunyi. Tak apalah.
Aku rasa setakat itu jerlah aku boleh taip. Mengantuk dah. Pagi nanti pergi sembahyang raya jam 7 pagi. Awalkan? Nak buat macamana. Happy Eid Mubarak.
Wassalam.