Salam.
Percaya atau tidak, it was a sadness story i have heard today. Ada baca paper? Seorang pelajar darjah 6 bunuh diri sebab tak dapat 4A dalam UPSR? Astaghfirullah.. apalah yang budak tu fikir sampai boleh membawa dia untuk habiskan nyawa dia saat itu juga?
Pelajar berbangsa India ni sebenarnya tak capai target dia. Dengar ceritanya dia memang beriya-iya sangat nak dapat 4A tapi malangnya dia tak berjaya dapatkan 4A. Sejak keputusan keluar, dia murung. Makan tak lalu, mandi pun tak basah agaknya. Hurm.. tiba-tiba petang tu akak dia masuk bilik tengok adik dia tergantung dekat bahagian mana ek, lupa pula. Tapi adik dia gantung bukan pakai tali, pakai selimut. Adakah ini pengaruh media? Wallahualam.
Mungkin semangat dari keluarga penting walaupun keputusan seseorang tu tak membanggakan. Maksudnya, keputusannya kurang memberangsangkan. Tak apalah, dia cuba, bukannya dia tak cuba. Sekurang-kurangnya parents should understand. Mungkin dalam situasi pelajar ni mak dan ayah dia kurang memberi perangsang untuk terus berusaha di masa akan datang. Iyalah, mungkin diorang ada cakap, tak apalah tak dapat 4A. Hurm.. but she needs more.
Apa yang penting sekarang, buat anak-anak yang beragama Islam, sewajarnyalah kita terapkan ilmu aqidah yang kuat supaya mereka yakin pada setiap ketentuan tu adalah hikmah. Mungkin kita tak nampak hari ini, esok atau lusa, tapi kita perlu sabar. Mungkin tahun hadapan, atau bertahun-tahun lagi. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Ramai orang yang berjaya bermula dengan kegagalan. Motivasi ni sepatutnya di terapkan dalam diri anak-anak sekarang.
Macam mana? Kalau umur 12 tahun pun dah pandai membunuh diri, mungkin lagi besar lagi ramai fikir untuk bunuh diri. Ingatlah, membunuh diri adalah antara dosa yang paling besar sekali. Dahlah buat dosa besar, mati masa tu juga. Nak bertaubat dah tak sempat. Melainkan Allah selamatkan semasa hendak membunuh diri, itu tandanya pintu taubat masih luas terbuka. Gunakan kesempatan itu memanjat kesyukuran. Bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian, bahkan jalan kerugian di akhirat kelak.
Hurm.. update pun tak prepare apa-apa. Hopefully kita manfaatkan hidup kita sebaiknya. Rugi, masa muda kita lalaikan dengan kerja-kerja yang tak beri faedahnya. Dah tua, nak beramalpun susah dengan sakit-sakit tua yang semakin hari semakin banyak, mesti teruk. Melainkan kita sanggup. Kalau waktu muda yang sihat walafiat pun tak sanggup, dah tua apatah lagi kan?
Ok. Pesanan terakhir, selamat bercuti. Wassalam.