Salam.

Rupanya dekat 2 bulan aku tak update blog. Sangat sibuk. Terlalu sibuk. Banyak benda nak di ceritakan, tapi memandangkan kesibukan tu memang tahap tak sempat nak pergi cc tak boleh nak buat apalah kan? Final baru je lepas. Baru 2 hari lepas. Hari Sabtu hari tulah last paper aku, paper Costing. Ok, lupakan pasal final buat sementara untuk sebulan cuma.

Aku cuba untuk online, dekat rumah cuba, dekat hostel cuba, tapi memang banyak sungguh-sungguhlah halangan. Sekarang nie dekat ofis kak L. Haha! Dia mintak tolong aku cari information pasal buku, pasal harga buku, pasal ISBN buku, dan masukkan dalam excel. Sangat penat tau. Walaupun sebenarnya tak adalah penat sangat. Tapi.. malam tadi tidur pukul 3 pagi, memanglah ngantuk harini. Tak boleh nak tidur punya pasal.

So, aku pun tak reti nak bercerita bila dah menulis. Kalau tak menulis ada je idea yang datang. Tapi, memandangkan mood aku tidaklah sebaik mana untuk bercakap itu ini, so aku update sekadar update saja.
Uda SPM. Dah start semalam. Oh ya, hari tu aku balik dari Uni. Sampai umah nampak certificate Uda punya. Best student in subjek english and science technology. Banggalah aku. Haha! Pastu mak pun menceritakan satu tragedi. Sepatutnya Uda dapat Top Student dekat sekolah, tapi cikgu dia nak bagi peluang dekat orang lain, so dia di kira second top lah. Hurm.. kesian dia. Kadang-kadang aku kesian dengan adik-adik aku ni. Macam di sisihkan oleh cikgu-cikgu. Kihkihkih.. hari tu aku tak puas hati dengan cikgu adik. Mana taknya, dia boleh susun budak-budak kelas dia ikut nombor. Yang no 1 2 3 4 dapat duduk depan. Yang nombor corot-corot duduk belakang. Benganglah aku. Dahlah adik tu bahasa melayu dia kureng. Duduk belakang macam manalah dia nak pandai? Aku berang betul dengan cikgu kelas dia. Rasa macam nak turun sekolah mengamuk dekat situ juga. Adeh. Tapi apakan daya, time dia sekolah aku dah balik. Sebab masa tu pun musim sekola. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan adik makin baik. Daripada nombor 25 terus naik dapat nombor 13. Tahniah adik!

Jadual cuti aku ni kalau ikutkan memang penuh, tapi tak tahu kenapa aku tak rasa macam penuh pun? Ekekeke. Sepatutnya start hari ni aku kena jumpa makcik driving ni, belajar memandu. Tapi, malam tadi kak L telefon mintak tolong dia buat kerja. Sampai esok. So, aku maybe start belajar driving pun hari Rabu. Insyaallah. Doakanlah takda halangan lagi lepasni.

30hb aku plan turun Unisel. Tapi abah macam berat nak bagi aku pergi sorang-sorang. So aku tengah fikir nak tarik Nadia ataupun Fiza junior aku. Kalau aku bawa sorang je, masalahnya balik dari Unisel aku tak terus balik BP, tapi aku turun Rawang tempat abang A, abg sedara aku mintak tolong jaga anak dia sampai 13. 20 sampai 22 aku ada Tamrin yang tak confirm lagi dekat mana. Tak confirm jadi ke tak lagi. 29 ada PKN, tapi dah masuk daftar. So, semuanya perlu ada perancangan segera macam mana.

Sebenarnya hari tu aku dah ambil borang PM. Hehehe! Nak di jadikan cerita, aku terbawak borang tu masuk dalam bank pinkku yang comel, yang kemudiannya di bawa ke Sagil untuk tujuan lepaskan tension. Hiks... (masa ni tengah final). Sekali tu dekat Sagil hujan pula. Lenjunlah kertas PM aku tu. Si Mia dengan baik hati suruh fotokopi. Dah fotokopi dan isi, malangnya satu tandatangan pun aku tak mintak. Betapa malasnya aku. Hahahaha! Jadi, dengan ini di maklumkan jawatan PM belum menjadi rezeki aku. Maap ya Mia cayang. Kalau Yana dapat baguslah, alhamdulillah. Dia dah final year. I baru nak masuk second year.

Sebelum habis sem hari tu sempat buat meeting. Aku dapat tugas menguruskan camping untuk pelajar-pelajar baru masuk nanti. Aku pun tak tahu macam mana. Insyaallah dalam masa terdekat aku cuba start buat kertas kerja. Aku cuba cari tempat, dan aku akan cuba negotiate dengan KRJBP, and mintak kerjasama KRJJB juga macam mana. Sebenarnya sangat malu dengan JB, hahaha! So aku decide mintak orang lainlah negotiatekan ke. Kuikuikui.. baiknya hati saya.

So dekat Unisel nanti akan ada discussion seterusnya untuk lanjutan organisasi kelab. Oh ya 14-16 ada KBM Xrek. Aku tak sure perancangan Mia camna. Sama ada dia nak aku ikut atau tidak. Kalau tak aku balik terus BP lepas jaga Akim. Hikss..

Oklah, aku rasa cukuplah sampai sini. Hopefully cuti aku baik-baik sahaja. Selamat bercuti buat semua yang akan bercuti. (Tapi rasanya ramai tengah final lagi yerk? Contohnya macam UTHM ni. Hehehe! Macam Rumaihah kawan ku di UKM -kot)

Da. Wassalam.