Salam.

Esok maybe hari yang agak busy untuk satu keluarga aku. Aduh. Semuanya plan last minute, bagus sungguh. Hehe! Tiba-tiba mak suruh jaga budak-budak hafazan dekat pej JIM. Er.. aku pun tak boleh nak cakap apalahkan. Maybe 30hb tu tak jadi kot nak pergi program KRJ & KnL dekat Kolej Komuniti tu. Tak apalah, aku rasa aku tak perlu pergi kot. Rasanya tak ramai pun AJK-AJK yang pergi. Never mind...

Aku pun tak ada benda sangat nak menulis. Just mengisi masa tengah lewat malam dan nak pagi dah ni dengan menaip. Esok pagi pukul 9 kena bergerak ke Ayer Hitam. Mak dengan abang long akan bawa achik pergi JB untuk interview sekolah SMIH. Uda ada final paper dia, Biology (macam tak study je). Adek ikut aku kot. Abah, entah. Lusa abah pergi UK, ambil exam naik pangkat kot. Seminggu je. Nasib baik sekejap. Kalau lama, semua orang rindu nanti. Abah dekat sana nanti duduk rumah abang ngah. Ulang-aliklah dari Notts ke Lufbra.

Dua.

Hm.. oklah. Aku rasa, itu saja. Dah lama tak menulis sajak, menyebabkan bila dah siap jadi macam lirik lagu pula. Haha! Lawak je. Tak apalah, let me try after 'retired' long time ago (well, takdalah sampai bertahun-tahun, setahun je).

Dunia Nafas Terakhir

Sunyi malam pengubat duka
tatkala riuh jenuh sang jiwa,
meronta, menjerit, memanggil hiba
dan sepi datang
bertandanglah derita,
derita di jiwa, bertarung nyawa.

Beginikah sudahnya? Hati,
itulah aksara muncul
pada bibit terakhir, yang bernyawa.
Denyut-denyut muncul
memecah lemak-lemak dunia
'jangan!' pintanya, pinta dia
- aku takut gelap.

Bila, angin pantai terasa - sejuk
mencecah kulit
dan kejamkan mata cinta
yang rindukan halwa syurga.
Terasa bait hina, hangat membakar
kulit. Sang nadi hilang,
bertemankan liang
bersarungkan kapan
berkiaskan dunia, maha agung.

Kay @ 2.14 am
Rumah, Pt Rj BP